satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

December 3, 2011

Bukan nak kutuk, tapi kalau dah bangang ...

Assalamualaikum.

Bukan nak kutuk siapa ? Siapa yang bangang ? Bangang tu ape ? Harhar. Aku nak cakap mengenai apa lagi, BOLA SEPAK lah. Secara spesifik lagi : Bola sepak MALAYSIA .


Baru-baru ini, bola sepak Malaysia telah mendapat banyak perhatian daripada segala jenis kaum termasuklah kanak-kanak, dewasa, lelaki, perempuan, atok, nenek, kucing, cendawan dan yang sewaktu dengannye. Mengapakah fenomena ini berlaku ? Kerana, Malaysia telah berjaya mengorakkan nama di arena antarabangsa- errr, Asia tenggara tu antarabangsa lahh juga .

Maka apa yang boleh dikatakan ? Tahniah laa . Tetapi apa yang menjadi isu, Ada segelintir kipas susah mati ( Die hard fan ) pasukan Malaysia telah mengutuk perangai sesetengah penyokong yang kononnya tidak patriotik .

" Bila menang sorak sama-sama, bila kalah dikutuk pula "

Kipas Susah Mati ( Die hard fan )


Ape yang mereka cuba katakan ini? Ramai yang mengutuk bukan sebab kalah. Tetapi ramai yang kononnya pengulas profesional walaupun kaki bangku mengkritik gaya permainan Harimau Muda ketika menentang Bahrain. Setelah Malaysia mendahului 2-0 , mereka hanya perlu menganjing Bahrain je, pass kiri, kanan, defend, keeper . Bukan susah pun ! Tapi Malaysia ni hebat, tak main lahh menganjing, macam pengecut je kan . Malaysia nak main seni, main macam Arsenal, kena lawa kann . Sebab tu lah bolos pon macam Arsenal!


Bayangkan dah leading 2-0 lawan dengan 10 PEMAIN, boleh lagi kalah ? Kalau Malaysia main lawa macam Barcelona lepastu kalah , tidak akan dikutuk. Aku sebagai peminat tegar Manchester United pon mengutuk juga MU bila kalah dengan team kampung seperti Crystal Palace dan Machester City . Tetapi aku tetap menyokong Malaysia sepenuh hati, walaupon kadang-kala aku mencaci mereka - adat permainan lah katekan . 

Jadi kepada peminat bola sepak yang fanatik tuh, janganlah butthurt  apabila team korang kena anjing. Sebab korang ponn kerja mengutuk juga, jangan nak berdalih. An eye for an eye. Kekalkan PASSION anda !

Sekian, PASSIONATE Manchester United fan .

-IRFAN-

p.s. Malam ni gua nak tengok MU pancung Aston Villa !

0 comments:

Post a Comment

 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here