satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

December 3, 2011

Kadang-kadang,kita perlu merasai kesusahan

Assalamualaikum,
Hah! Aku tak tau nak kata apa bila tengok perangai orang sekeliling aku.Kadang-kadang,terdetik kat hati,
betul tak diaorang ni?.Nak kutuk banyak-banyak tak boleh,sebab tak semua orang sempurna
sangat.Sebab apa? aku pun tak bagus sangat.Tak begitu bagus untuk mengkritik semua benda.Tapi
cukuplah sikit-sikit untuk mengubah perkara yang tak sewajarnya.Betul tak?

Okey,berhenti merapu memanjang!Dah meleret dah ni.
Sesetengah manusia tak suka menghadapi kesusahan,kesulitan  dan ke-'trouble-lan.
Ada juga yang selalu kena tapi tetap tabah.Ada juga tak pernah kena,tapi cepat menyalahkan takdir.
Tak kurang juga yang menghadapi kesusahan yang sedikit,tapi mengamuk mengalahkan
zirafah(sila abaikan ayat dan gambar ini).


Ya,sometimes,kita perlu menghadapi kesusahan.Sebagai contoh kerusi di kelas yang acap kali 'ghaib'
setiap kali event sekolah berlangsung di dewan-tempuhilah dengan penuh kesabaran.
Itu belum lagi kematian ahli keluarga,muflis,kesempitan hidup dan memacam lagi.



Tapi kebanyakan mahluk kat muka bumi ni tak boleh terima kesusahan.Yalah,celik mata
dah ada laptop sebelah kiri,ada handphone kat sebelah kanan.Sampai baju outing  hilang pun
dah bergoncang satu hostel.Tak dapat outing dik..(pak cik  tak kisah...).Begitu juga dengan ketidaksabaran menunggu.Ya,aku pun benci dengan menunggu ni.Kalau boleh,aku nak semuanya cepat.Tapi apa yang di buat-tak semua perfect.

jangan fikir perfect saja,tapi ke'passion'-an!

Sabar jelah.Kadang-kadang,kita mesti,perlu,sepatutnya merasai kesusahan.Jangan salahkan 'benda' tu
kalau susah sikit,biasa-biasakanlah diri.
Mana tahu,cita-cita kita misalnya mahu menjadi doktor tetapi sebaliknya hanya mampu bekerja sebagai tukang sapu pada masa depan berlaku.Takkan kita nak tolak takdir kan?

tak perlu marah macam ni..hah!



Ya,rasailah kesusahan.Sebab,dalam kesusahan itu,tersimpan kemanisan kehidupan sejati.




psst=semua contoh seperti kerusi,baju outing,termasuklah zirafah tak kena
mengena langsung dengan hidup aku.
Tooo-Hoo-LOOng lah!!

No comments:

Post a Comment

 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here