Assalamualaikum dan salam bersalam-salaman. Apa khabar semua? Moga sihat-sihat hendaknya. Baiklah sebagai penyedap hati gua akan berkarya lagi. Waktu libur-libur begini biasanya jarang gua peruntukkan untuk menonton siri-siri drama korea , siri-siri drama bersiri , siri-siri nombor bersiri mahupun siri-siri anak perempuan ganesan.
Si Polan Bergelar Sahabat
Hidup ini ibarat cawan yang kosong,
Kalau tak diisi maka tak bererti,
Tapi tugas siapa untuk mengisi? siapa yang sudi mengisi? siapa yang perlu diisi?
Soalnya berbalik kepada diri,
Kalau mahu hidup menyendiri ikutlah alur hidup sarat sepi,
Kalau hidup mahu penuh warna turutlah jalan orang bijaksana.
Sahabat datang dan pergi,
Mereka bawa duka bawa gembira,
Tanpa mereka sedar sentuhan mereka penuh makna,
Maknanya likat dan padat kadang-kadang cukup berkat,
Ketawa tangis dipraktis bersama,
Meringankan duka memberatkan gembira,
Semuanya berlaku ketika minda bawah sedar,
Ketika semua mula mengira harga persahabatan.
Tanpa sahabat hidup hilang ligat,
Tekanan dan murung mohon jadi sahabat,
Terasa hangat dunia yang tua,
Tak mengertikah kita yang hal ini semua mimpi?
Mimpi yang perlu dinikmati dengan sahabat.
Untunglah bersahabat dengan sebenar-benar sahabat,
Kerna dunia ini penuh sahabat yang akalnya tak sepakat,
Jadi ayuh bersahabat sampai ke jannah,
Kerna itulah sebenar-benar hakikat kita bersahabat.
notanoti : kurang passion. maaf semua.
0 comments:
Post a Comment