satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula
menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka
amalkan cara itu.
Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya
dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan
mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri
pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam
bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri
satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu
jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba
bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba
menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat
Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing
mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
.........
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang
lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya
kenapa mereka berbuat begitu...... ................. ...
No comments:
Post a Comment