satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

February 4, 2012

Apabila nilai dijadikan ukuran

Entry ini mungkin ada sedikit kaitan dengan entry yang lepas. Mungkin ada iras-irasnya. Mungkin ada persamaannya. Ya, entry berkaitan mentaliti orang kita. Aku ulang sekali lagi, 'KITA'. Tak mahulah tumpukan pada sesebuah kaum. Bila aku dah menaip 'KITA' makanya ia meliputi segenap kaum yang ada di Tanah Melayu. Jika tidak mahu mempunyai kaitan dengan perkataan 'KITA' sebentar tadi, sila kemas barang anda dan keluar dari Malaysia.

Maaf untuk mukadimah yang agak panjang. Kita terus masuk pada isinya.


Kasut mahal tahan lama
Bengang bila ada yang mengukur keadaan sesuatu barang berdasarkan nilainya. Biarlah beli kasut mahal-mahal. Tak apa, kasut mahal tahan lama. Bak kata nenek I dulu-dulu, alah membeli menang memakai. Biasalah dah beli mahal-mahal kena jaga. Sayang kalau rosak. Pakai pula penuh hati-hati penuh cermat risau terpijak lopak. Kalau boleh sebulan sekali je pakai.

Kasut murah tak ada apa untuk dirisaukan. Jalan main langgar-langgar. Tak peliklah kalau kasut murah cepat rosak.

kesimpulan
Kasut murah kalau kita jaga sebagaimana kita jaga kasut yang mahal, kasut murah juga boleh tahan lama. Faham? 


20 sen atas lantai
Faizal Tahir (bukan nama sebenar) mengeluarkan syiling dari saku untuk membeli Vanilla Coke di mesin vending air. "tring tring, ting ting" - bunyi syiling jatuh ke lantai mula memenuhi ruang. Kepala ditundukkan pandangan dihalakan. Pandang, pandang dan pandang lagi. Sebanyak 2 syiling 10 sen di atas lantai. Tak apalah, 20 sen je. Apalah sangat. Faizal Tahir jalan seperti tiada apa yang berlaku sambil menikmati air Vanilla Coke.

Dalam situasi yang berbeza, Farid Kamil (bukan nama sebenar) mempunyai 999999.80 Ringgit Malaysia dan gagal menjadi jutawan kerana kurang 20 sen.

kesimpulan
Daripada Faizal Tahir biarkan 20 sen tu tersadai atas lantai simen baik dia ambil dan bagi pada Farid Kamil. Untung-untung Farid Kamil boleh pegang gelaran jutawan. Paling kurang, ambillah 20 sen tu buat amal jariah. Masukkan dalam tabung surau ke. Atau sedekahkan dekat apek yang main Violin dekat KL Sentral tu.

Rasanya kalau 100 Ringgit Malaysia terjatuh atas lantai, otak pantas bertindak balas hantar isyarat untuk tunduk dan ambil wang itu.

Biasalah apabila sesuatu benda itu rendah nilainya, maka kepentingannya juga dipandang rendah. Mungkin perlu ada sedikit sifat kedekut dalam diri manusia. Kedekut ada tahapnya. Bergantung pada situasi. Untung seseorang menjadi kedekut pabila nilai 10 sen turut dipandang tinggi. Ubahlah mentaliti kita, tanpa 10 sen tidak akan sampai ke sejuta.




p/s: Tak apa kedekut dalam situasi begini. Jangan kedekut nak bersedekah pula.



1 comment:

  1. hoho..entry yang menarik...tak pernah terfikir mcm awk...hebat2...
    sy kalau nmpk duaposen trus kutip...nak bli bikabika cekedis panjang..

    sambut Maulidur Rasul sana sini tapi bila Valentine Day berkepit dengan pakwemakwe sana sini..apekebende?
    http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/sambut-maulidur-rasul-tapi-sambut.html

    ReplyDelete

 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here