satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

February 7, 2012

Tali Ayah.

Sudah Kassim jangkakan, perjalanan yang bakal dia tempuhi akan membuatkan dia hingar dan lembab. Mana tidaknya, panorama di sekeliling sudah bisa dihadam. Sebagai seorang pelajar jurusan Sosiologi dan Kemanusiaan di sebuah Universiti terkemuka Malaysia, Kassim mengambil peluang cuti semester yang panjang untuk pulang ke kampung halaman. Geylang, Singapura. Ya, itulah tempat dimana dia dibesarkan. Bila mana dia semakin tinggi, makin berusia kota penuh sejarah itu.


Pintu gerabak T12 terbuka. Pantas Kassim bangun menjenguk. Paya Lebar, Geylang. Bahunya tergalas beg hitam beralur biru. Tangannya membimbit beg beroda berwarna coklat gah dengan jenama Polo. Langkahnya dipercepatkan ke arah pintu. Hatinya tidak keruan. Ramai betul manusia marhaen bersesak-sesak hari itu. Dengan pakaian baju T dan seluar jean dia tidak lari dari dilabel sebagai lelaki tipikal Singapura. Matanya melilau mencari teksi. Ah, teksi zaman kini memang korup. Kalau dulu, teksi cari pelanggan, sekarang terbalik.


Keadaan didalam teksi umpama di dalam vakum kedap udara. Senyap belaka. Kalis bunyi juga. Sambil teksi dipandu terusung di jalan raya, Kassim mengimbas memori lama. Setelah mendapat tawaran untuk ke Universiti terkemuka Malaysia, jarang sungguh Kassim menjejakkan kaki ke rumah. Hampir 2 tahun setengah. Dia tinggal dengan bapanya di sebuah apartment di Geylang. Di situ dia dibesarkan, di situ dia disuapkan dengan hal hal materialistik juga hedonisme. Akan tetapi, pegangannya terhadap Islam lebih teguh dari Tembok China. Perasaan cinta akan agama dibawa hingga ke Universiti. Seringkali dia dijemput ke hadapan untuk memeberi tazkirah di madrasah. Baginya, Islam adalah darah merah yang mengalir di setiap ruang tubuhnya.

Pintu jeriji yang karatnya sudah tidak terkira dikuak perlahan. Bunyi geseran antara karat memecah sunyi. Kassim menjenguk ke dalam rumah. Salam diberi. Tiada sahutan. Dia melangkah masuk. Salam diberi lagi. Kali ini di sahut lembut dihujung nafas. Kassim menerobosi ruang tamu. Di satu sudut, duduk seorang lelaki tua. Matanya merenung ampuh ke arah Kassim. Kassim tidak keruan. Pantas tangan dihulurkan. Terasa pedih payah melalui sentuhan mesra seorang ayah. Wajah mereka bertemu. Kopiah lusuh melekat di kepalanya, kedutan di dahi bercerita tentang kehidupan lampau, matanya kuning pudar menandakan pekat penyesalan, barangkali kerap mengalirkan air mata. Bahu lelaki tu itu di raih. Terasa susuk lebih separuh abad. Kassim membisik ," Adik dah balik ni , ayah ".

Malam itu terasa tenang. Dada ibarat terbuka dan melepaskan beban yang dikendong sekian lama. Usai sahaja solat Isyak berjemaah tadi, Kassim segera mengambil peluang untuk merehatkan badan. Bapanya dibiarkan membaca Al-Quran di ruang tamu. Terimbas memori lama. Bapanya sering pulang lewat ke rumah. Walaupun sudah menjamah usia, bapanya tidak lekang dari bermaksiat. Ibunya sudah lama pergi menemui Ilahi. Setiap hari, bapanya akan meradang. Ada sahaja yang tidak kena. Dia akan dijadikan tempat melepaskan amarah. Malah, setiap malam, ada sahaja perempuan yang akan dibawanya pulang. Kassim hidup atas belas ihsan jiran dan zakat kerajaan. Dia hidup antara kesan tindakan manusia dan takdir tuhan.

Badannya terasa berat. Kesan daripada tidur selepas subuh mungkin. Kassim segera menjenguk ke luar bilik. Terdengar bunyi berdentang dari dapur. Dia segera menghampiri. Telahannya tepat, ayahnya sedang masak . Dia mengambil tempat di meja , betul betul berhampiran ayahnya. Matanya ligat memerhati gerak liuk ayahnya menyiapkan sarapan. Tanpa dia sedar, ayahnya sudah dihadapan bersama hidangan bihun goreng. Kassim tersenyum tawar. Kali terakhir ayahnya ditinggalkan, adalah dimana dia bersama botol botol Carlsberg dan Wiensky di tangan. Adakah 2 tahun cukup lama untuk transformasi secara kuadratiknya begini ?


Setiap air liur yang di telan rasa berakali. Persoalan bertubi tubi mengasak minda. Dia meyakinkan diri untuk berani menghadapi bapanya sendiri. "Ayah, adik nak tanya sikit boleh ? " , Kassim memulakan perbualan. "Demi Allah, ayah akan cuba menjawabnya, anakku " respon ayahnya. "Apa yang buat ayah berubah ? Adik teringin sangat nak tahu, ayah " dia bersuara. Bapanya menarik nafas panjang.

"Kehidupan manusia ini memang perlukan dorongan. Bila kau mula hilang dari pandangan ayah, ayah hilang kau. Ayah hilang dorongan. Ayah rasa kosong, rasa hidup tak bererti. Tapi ayah bukan pengalah. Ayah terus mencari dorongan baharu. Sehinggalah ayah bertemu dengan Jamilah, pemungut sampah dekat kota sana. Adik, dia baik Dia suruh ayah tinggalkan benda benda maksiat. Ajaibnya, ayah dengar. Ayah patuh. Dia sinar baru ayah. Suatu hari, dia peun pergi tinggalkan ayah. Sama macam kau, adik. Mujur, Jamilah tinggalkan ayah sebuah pesanan. Ayah akan pegang sampai bila bila. Dari situlah, ayah bertemu dengan Islam. Dulu ayah pernah menjadi Islam. Cerita lama tu, lama sangat. Bila ayah sentuh Islam, Islam sentuh ayah balik. Islam itu indah. Islam itu sempurna. Sekular ajar kita makan untuk kenyang. Islam ajar kita makan untuk kenyang dan sebagai tanggungjawab untuk diri sendiri. Islam mejadikan perkara materialistik menjadi suatu bentuk kerohanian mutlak ! Ayah minta maaf jika ayah mengabaikan kau dulu. Maafkan ayah , adik . " Lantas mereka berpelukan. Air mata keinsafan mengalir suka.


Mereka hidup dengan aman disamping layar kebahagian meneraju kehidupan mereka. Makin kerap juga Kassim menjenguk bapanya di Geylang. Bapanya kini sudah bertaubat. Malah menubuhkan persatuan bagi mualaf di Singapura. Ada suatu ketika, " Ayah, apa yang makcik Jamilah pesan sebenarnya ? " soal Kassim penuh keterujaan. Jawab ayahnya,

"Ada sesuatu yang akan menemani kau ketika kau hilang panduan, Dia tak akan tolong kau selagi kau tak tolong diri sendiri. Peganglah pada Allah Ya Karim"

No comments:

Post a Comment

 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here