satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

November 29, 2011

Passion is the keyword.

Urut urut dulu tengkuk, patahpatahkan jari, renggang renggang kan otot serta sendi buat latihan mulut semuaa. AAA, III, UUU, EEE, OOO. Dah ready? Bagus. Anda ada passion di situ. Apa aku nak post pun aku tak tahu. Idea makin lama makin kering. Hailoh hailoh -.-

Apakah passion? Menurut Pakcik Wikipedia, dia kata passion ialaistilah yang digunakan untuk perasaan yang sangat kukuh tentang seseorang atau benda. Passion adalah satu perasaan emosi hebat menambat hati, semangat, atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.


Disebabkan ini ialah post PERTAMA (teng tereng teng teng teenggggggggg*sound effect) dan beta turut kehilangan idea. Tak tau dia pergi mana. Rasa tension ada lah jugak macam baru hilang kunci locker. Mungkin gara-gara berita kejutan yang baru terima :

Result PMR keluar 22 haribulan. 
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Takut lah weh -.- Yelah, siapa tak takut. Anak Pak Dollah hujung kampung yang bela lembu pun takut.  Rasa lega sikit sebab aku tahu aku normal. Fieww, macam deskripsi blog ini, Hidup tidak mudah seperti yang kau sangka. 

Budak ni pun takut.
Aku tak tahu mana hala tuju post ni tapi aku tak kisah. Aku rasa nak tukar nama jadi aiman sebb dia selalu tak kisah. Sekian shaja nukilan beta. 

And the rest is history.

Bangga sekejap dapat duit RM100. *ye aku tahu semua dapat.

سعيدة من أي وقت مضى بعد في السوق

pergh tajuk pun dah deep!
baiklah salam sayang para pembaca tegar sekalian.
saya, sembang kencang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan salam perjuangan kepada para komrad :

Tukang karut Tuan Besar YC Ahmad Kassim

mereka antara penulis berbakat besar yang saya sempat selamatkan dari hanyut dalam arena blogawan tak berketepian.mereka seperti mana saya, sembang kencang, menulis bukan kerna nama. passion dan amar makruf nahi mungkar menjadi prioriti kami. jika persefahaman dan toleransi antara kami kekal teguh, tiada khilaf lagi blog ini akan mencapai puncak passion dan keunggulan. mengakhiri coretan kali ini, saya doakan para komrad sentiasa deep dan passion ketika menulis. ingat ini bukan kpop!

peringatan : kalau gua nakkan followers je baik gua letak gambar gua. dah la muka mirip model!

Ada Passion tak?

Pertama kali anda ke sini? Ya ya, aku juga pertama kali menulis di sini. Mungkin kau patut tahu blog ini sudah ramai admin. Pelik? Admin lebih ramai daripada followers. Ahhh, siapa peduli itu. Blogging bukan untuk mengejar followers. Blogging untuk kepuasan diri. Apa-apa pun sila ikut nasihat aku bagi mengelakkan sebarang kekeliruan seperti,


"Siapa yang buat post ni? Tukang karut? Tuan Besar? YC? Ahmad Kassim? Sembang Kencang? ARGHHH! Terlalu ramai admin hingga otak kucar-kacir!!! "


Baiklah langkah pertama adalah, BOLEH TAK KAU BERTENANG DULU!



Sudah? 



Ok, teruskan pada langkah kedua. Untuk mengetahui admin mana satu yang menaip adalah dengan membaca post tersebut hingga habis, kemudian baca bawah sekali dikarang oleh siapa.


Contoh : Tukang Karut


Semua senyum dulu (: Aku penat-penat menaip kau baca dengan dahi berkerut. Tertanya-tanya macam mana boleh ramai sangat admin ni? Kisahnya bermula apabila tuan blog ini mahu mewujudkan suasana yang lebih meriah dekat blog dia. Mat Salleh pun cakap The More The Merrier

Beliau juga mahu menjadikan blog ini mempunyai passion yang tersendiri. 




Jadi inilah ceritanya. Aku rasa kalau dia jumpa 10 blogger lagi dekat luar sana, makin bertambah admin blog ni. Persoalannya, Kau ada rasa passion blog ni tak? HA HA HA HA




menaip dengan penuh rasa teruja.

Saya Jawa-Perancis.

Jadi aku adalah penulis sambilan disini. Siapa aku tak perlu tahu. Cumanya, lihat sahaja profile disebelah. Apa yang aku nak tekankan, aku adalah Jawa-Perancis. Selamat berkenalan semua.

Tujuan aku berada disini pun atas jemputan abang Sembang Kencang. Aku juga ingin meningkatkan produktiviti aku dalam era Blogawan. Mungkin juga dapat mengembangkan kepala otak aku ini. Pernah juga aku bertanya kepada Sembang Kencang,

Blog kucar kacir tak ada tema ke ? Senang sikit, baru ada PASSION.

Dia kata buat masa ni, kita tulis secara bebas. Wokeyh, gua tarahal punya. Nanti, aku harap ada theme tertentu untuk Blog ni. Baru ada rasa seronok. Kan ? Jadi, sebagai permulaan mari aku kepilkan berapa video untuk menjernihkan minda tentang pengkhianat bangsa.


maaf, gua tak cakap apa apa kan ?


notakurakura : gua bakal cuti lama.

Salam perkenalan !

Assalamualaikum.

' Its hard just to wake up , wherever you're wearing thin ,
Alone on the outsides , so tired of looking in ,
The end is uncertain , and I've never felt so afraid ,
But I dont need a telescope to see that theres hope ,
And that makes me feel brave '
Kata pujangga Adam Young, penyanyi Owl City .

Nama gua Nukman. IRFAN Nukman. Sebab Nukman tuh bapak gua. 
*Adoy ape aku cakap nih.
Gua = cave . Jadi aku pakai aku lahh ye .
Aku seorang yang berpatriotik dan sangat cintakan bahasa.
Aku kurang mengerti kenapa ada orang yang sanggup merosakkan bahasa
dengan konsonen2 yang tidak diperlukan di hujung ayat seperti :
Keww, kenapeww , kitewww .. Whatthehellman !
Apa lu pikir lu cakap macam tu lu jadi abang long bukit bintang ?!
Lu belajar dulu bahasa sains daripada Wayne Rooney baru lu cita .

Aku ada passion . Apekah itu passion ? 
Yeee.. SALAH . Bukan nye gaya pemakaian , itu fesyen .
Tetapi tidak mengapa, aku takda ilham lah ini malam ,
Mungkin selepas mendapat tidur yang mencukupi baru aku boleh coret .
Selamat kan bahasa demi negara .
Assalam ~
 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here