satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

December 7, 2011

Sebatang Tongkat dan Botol Susu.

Segera aku meluru ke dalam gerabak. Walaupun berpusupusu orang yang keluar dari gerabak LRT , aku tetap cuba merempuh masuk ke dalam. Terus sahaja aku mengambil tempat duduk diantara gadis Cina dan juga seorang lelaki bangsa asing. Kelihatan seperti gadis Cina itu seoarang pelajar universiti manakala, lelaki bangsa asing itu mungkin seorang pelancong. Aku hanya duduk dan memerhati sekeliling. Ragam manusia adalah pawagam kehidupan.'


Setibanya di setesen KLCC, kedua duanya segera bangun dan beredar. Kemudian, seorang lelaki buta segera masuk ke dalam, juga disertai beberapa kumpulan manusia yang lain. Rata-rata adalah golongan belia. Ah, belia sering sahaja mendominasi perkara sebegini. Tempat duduk disebalah aku segera di isi oleh kumpulan manusia. Seorang lelaki berbadan tegap, berbaju kemeja dan seorang makcik berusia 40-an.

Melihat orang buta itu bagaikan burung pipit tersepit antara enggang, lelaki berbaju kemeja disebelah aku memberinya tempat duduk. Mungkin itu yang membuatkan dia tersenyum ikhlas.Masing masing leka bermain dengan telefon selular mereka. Zaman serba canggih, mengurangkan nilai ketamadunan manusia.

Tiba di Jelatek. makcik di sebelah aku bergerak keluar gerabak. Rumahnya mungkin berhampiran. Sangka aku. Seorang ibu mengandung yang membawa seorang anak kecil menggamit perhatian warga gerabak. Mana tidaknya, anak kecil yang dikendongnya tidak henti menangis. Segera wanita itu mengambil tempat di sebelah aku.

Ah, aku hanya memejamkan mata. Kisah apa aku dunia ini ? aku hanya ingin ke Sri Rampai. Ini tempat duduk aku, siapa peduli ? Lelaki buta disebelah aku, dan juga perempuan mengandung membawa anak juga disebelahku. Aku tersepit antara dua penderitaan.

Tiba tiba, lelaki buta itu bersuara, "Kejut kan saya bila sampai wangsa maju ye ?". aku hanya mengangguk. Dia bukan mampu lihat jika aku angguk atau geleng. Kini , aku tersepit diantara dua kekejaman dunia. Seorang lelaki buta, dan seorang wanita yang penuh dengan tanggungjawab. Kadangkala aku rasa dunia ini tidak adil. Aku tahu, Tuhan beri ujian , kerana Dia tahu kita mampu lakukan.

Cuma , aku suka mempersoalkan . Kenapa kehidupan ini perlu ada dugaan bila Tuhan sendiri dah tetapkan kita akan masuk syurga dan neraka. Sepanjang liku kehidupan ini, aku masih tercari cari tujuan sebenar kita melayari kehidupan. Apakah kehidupan beragama itu penting ? Aku berkelakuan baik, dan tak bergantung kepada sesiapa. Bila aku susah, aku hadapi dengan tabah.

Stesyen Sri Rampai sudah dekat.Aku segera mengejutkan pakcik itu "Pakcik, saya nak turun dah ni, tapi stesyen Wangsa Maju kejap lagi.. ". Pakcik itu mengangguk. Kemudian , dia segera memegang tanganku.


"Nak, hidup kita ni perlu ada pegangan. Pegangan itu yang akan membawa kita menyusur kehidupan ini. Pilihlah pegangan yang betul dan lurus. Takut kelak dapat bahana. Pegangan ibarat tongkat. Kalau bengkok tongkat tu, maka bengkok lah jalan anak. Ingat ni, tak kesah lah tongkat itu diperbuat daripada apa, asalkan masih mampu bawa ke jalan yang betul, percaya pada tongkat itu. Assalamualaikum "

Aku terkesima. Pesanannya ibarat menagkap jiwa aku. Aku rasa pedih. Taktahu kenapa atau mengapa. Ini adalah hakikat. Aku segera bangun untuk keluar. Sedia tunggu untuk pintu terbuka. Tiba tiba, ada bunyi seperti benda terjatuh kedengaran. Aku lihat di bawah, botol susu anak wanita di sebelah aku. Aku segera mencapainya dan beri kepada wanita itu. Dia merenung muka aku sedalam dalamnya. Aku getar.



"Terima kasih dik. Tengoklah botol susu ni. Walaupun dah berapa kali basuh, dia tetap bau susu. Dalam hidup ini, kita kena redha dengan apa yang kita ada. Kalau dah namanya botol susu, tak mungkin akan berbau Coke. Kalau dah namanya Islam, tak mungkin orang akan pandang seperti Yahudi. "

Pintu terbuka, aku segera keluar. Dua pesanan yang akan aku genggam sampai bila bila.

December 5, 2011

Aku kembali

Assalamualaikum,

baiklah aku kembali ke dunia kucar kacir setelah lama aku mendiamkan diri. Inche idea saja taknak datang dekat aku. Tak tahulah apa dosa dan salah silap aku dekat dia -.-  Baiklah, beta baru sahaja menamatkan journey yang sangat panjang. Beta pergi ke selatan semenanjung malaysia untuk berjumpa dengan nenda terchenta. Apa guna korang nak baca pun aku tak tahu. Biarlah asalkan aku bahagia. Ya, aku bahagia bila orang bahagia (; Haha, okay tu ayat orang lain aku cilok

mungkin orang ini terlebih bahagia?
Kita patut contohi pakcik tu. Baru hidup kita aman sentosa bahagia. Baru baru ini aku terasa sangat bahagia bila kawan aku ada buat kelas untuk menjadi org bahagia. mungkin kalian boleh daftarkan diri. 
mahu sign up? Silakan silakan telefon 011-2345678
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
p/s: Aku tak tahu apa faedah post ni. Hahah (; baiklah kalian pergi bukak link Imam Suhaib dekat youtube. Best weeehh







December 4, 2011

Purify Your Head Son!

it's okay , it's alright , I think I got it right!
Okay I will write in my mother tongue now haha yeah right. Writing with rebellious mind and passionate hand , just like usual eyyy mate?

Have you ever wonder about your life? Wonder upon all the things happen in your life and why it actuallly happened?Have you? Okay I'm not going to talk about this actually.

Now now take a deep breath and say your prayer.This is such a wonderful life so make it happier!

Okay I just writing this to make sure I kept my passion intact. I will going to take a long leave. Hopefully fellow comrades : Awe Tanjung Badar Pengawas Ike will steadfastly maintain and sustain this blog's passion and awesomeness! I know you guys are fit enough for it. Better not to be like the match between ever-champion Manchester Bersatu and Villa Aston last night. Dude , where are their resilience ! But I put my believe in you comrades! I do believe! But please, please don't make my belief goes astray.

جزيرة اللؤلؤ here I come!

notanoti: teruskan passion ya komrad! ni lagu untuk kasi naik sikit passion. selamat bercuti!

December 1, 2011

Assalamualaikum Semua!

Salam.Pertama sekali,terima kasih di ucapkan kepada Tuan Pengasas blog ni kerana sudi menjemput teman untuk menulis bersama.Okey,silap-menaip bersama.Memandangkan Tukang Karut dah sound awal-awal,,tak payah rosakkan bahasa,jadi kat sini aq  aku guna bahasa ibunda yang standard 'sajalah'.Dah macam mat saleh pulak.
Harap-harap,dengan kehadiran aku kat sini,tak adalah rusuhan kaum,perhimpunan haram mahupun demontrasi jalanan berlaku ya!.Takut aku kalau ada.




Macam biasa,blogging memang best.Perlu ada passion  keghairahan.
Barulah cool kan?.Ya,keterujaan  menulis blog membuatkan skrin laptop ni hampir pecah kau tahu?.Asalkan apa yang disampaikan itu datang dari hati yang 'ghairah' mencoretkan pelbagai cerita.Okey,aku rasa dah macam jawab soalan SPM paper 1 pulak dah.

Jadi,kat blog ni aku akan lebih fokuskan mengenai semuanya tentang kehidupan seorang manusia.Bukan -seorang saja,berapa banyak kau nak pun boleh jalan!!.Tak pun,tak payah skema sangat,ape-ape jo lah
apa-apa saja sama ada hidup atau mati,separuh mati,tak mati-mati (berapa banyak mati daa..)aku tibai sajalah ya?.Kedua,kalau ada salah eja,mohon di usulkan bantahan kepada Tuan Yang -Dipertua(aku lah tu).
Sebagai manusia abnormal  normal,takkan tak ada silap kan.?.


Sekian,wassalam.
-post tergantung seketika.


psstt=aku tak suka mencari publisti(mencapub),okey,tak ada bersangkut dengan artikel di atas.

Adat orang kita

  • Jangan menyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
  • Jangan duduk dekat tangga, nanti jadi anak dara tua.
  • Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk.
  • Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti jari putus.
  • Jangan main bayang-bayang nanti telinga putus.


Tahu ini apa? Ya, ini kata orang lama-lama. Orang lama-lama? Mana pergi orang sekarang? Orang sekarang suka berkata, 


"Ahhh, ini semua tidak betul! Mereka berkata hanya untuk menakut-nakutkan kita agar tidak melakukan perkara tersebut. Ini semua tiada passion!



JADI?

Orang sekarang masih melakukan perkara-perkara di atas walaupun telah dilarang. Kononnya sudah cukup berakal untuk menolak segala penipuan. Yakin?


Kau katakan kau tahu mereka cipta itu untuk kebaikan, jadi mengapa tidak jadikan itu sebagai ikutan?


  • Tidak elok menyanyi di dapur nanti air liur boleh jatuh ke dalam lauk.
  • Anak dara tidak elok duduk di tangga, tidak manis katanya.
  • Membuka payung di dalam rumah mengambil ruang yang besar dan menjadikan kawasan rumah sempit (rumah dulu-dulu kan kecil)
  • Lebih sopan menunjukkan sesuatu menggunakan ibu jari bukan?
  • Bayang-bayang? Err kau tahu tak kenapa? Aku tak jumpa lagi kebaikan dia. Kau tahu?


Tapi, kita ada masalah dengan perkara ini. Bila fikirkan semula ayat-ayat yang disusun oleh seorang rakan, ya kita ada masalah sebenarnya. Adakah anda sedar?


Sunah keluar rumah

Keluar rumah dengan kaki kiri


Hadis memakai kasut

Hadis riwayat Muslim, "Apabila anda memakai kasut, mulakan dengan kanan..."


Kata orang tua-tua

Jangan pijak luar rumah tanpa alas (kasut/selipar) nanti kaki kotor masuk cacing.




Bagaimana cara untuk menjaga ketiga-tiganya? Ahhh, kalau aku, aku langgar saja kata orang tua-tua. Haha


Jangan marah aku ya nek. Aku sayang kamu selalu HA HA



menaip dengan penuh rasa teruja


 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here