satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

December 29, 2011

Semua ini tidak akan terjadi

Kerosakan akhlak remaja zaman sekarang mungkin tidak akan terjadi KALAU,

Cinderella tidak balik lewat malam
 Superman pakai underwear di dalam
Pinocchio tidak menipu memanjang
Alladin tidak suka mencuri
Batman tidak memandu 430 km/j melebihi had
Tarzan tidak hidup separuh bogel
Sleeping Beauty tidak malas dan cepat bangun daripada tidur
Snow White tidak bersedudukan dengan 7 lelaki bukan muhrim


Alahai, remaja memang mudah terpengaruh.


Oh ya, aku dah bosan tengok princesses muka cantik-cantik je





Haha lame gila entry ni. Kbye.

December 21, 2011

Disini ada sebuah jalan.

ehem ehem, aku ambil sendiri kot.

Disini ada sebuah jalan,
Sepertinya sedang mengalir deras,
Gagah mengalirkan neuron Pluralisme,
Sekularisme sering berani menyinggah,
Aku lihat dan terus lihat

Disini ada sebuah jalan,
Ayuh abang pimpin tanganmu,
Kau terlalu kecil,
Kecil untuk meredah kecelaruan,
Mereka bisa pengaruhmu,
Bisa menukar peganganmu

Disini ada sebuah jalan,
Mari bersihkan segala kekotoran di persimpangan,
Biar orang kata kita jumud,
Biar orang fikir kita kelam,
Asalkan jalan ini suci dilalui generasiku.

Disini ada sebuah jalan,
Adik, sekarang kita lintas.

December 14, 2011

Siri Bercakap Dengan Mambang #2


kangkang dalam passion!

Assalamualaikum dan salam ukhwah semua. Harap semua dalam keadaan sedap-sedap badan, kalau tak berapa nak afiat pun mudah-mudahan lekas betah hendaknya.

Baiklah gua teruskan siri ini dengan satu lagi puisi. Maaf puisi gua agak hancai tapi hancai lagi mereka-mereka yang tewas dengan empenak dunia!Macam waktu ketika gagak putih , bangau hitam.

Glosari Hidup

Tika aku masih bertatih
Detik-detik alunan suara ibu menemani lelapku
Lunak amat di telinga dekat amat di sukma
Ayah di samping ibu mengukir senyuman kasih
Enga benar dia akan rahmat Tuhan yang satu ini
Ayah jadi bulat hati bulat suara bulat tekad
Kepingin lihat aku jadi kirana unggul

Tika dewasa menjengah tiba
Rakan dan taulan menemani sunyi
Tiada hirau lagi nyanyian ibu senyuman ayah
Bagiku mereka hilang behena hilang utama hilang penting
Larang tegah mereka tak berjaya mengikat hati
Ajaran ajakan rakan kini tampak lebih melelar

Kini aku jadi faham jadi pakar
Hidup penuh ranjau menyuluh sesar lampau
Hidup penuh gelap bawa cahaya keinsafan
Insaf sesudah terasa gemercik lahar neraka
Menambah erti dalam glosari hidup


notanoti : gua rasa nak buat siri cerpen pulak. apa lu orang bukan nak baca pun? takpa asalkan gua passion, itu sudah memadai.



December 12, 2011

Secebis ilmu untuk dikongsi

Aku bukanlah seorang manusia yang penuh ilmu di dada. Apalah yang boleh diharapkan oleh budak mentah berumur 15 tahun ini. Oleh sebab itulah dia berusaha untuk mengambil seberapa peluang di hadapan untuk mengumpul ilmu. Internet bukan hanya doktrinasi orang yahudi yang melalaikan bahkan ianya juga mendatangkan faedah kepada kita. Post ini bukan mengenai kebaikan internet ya jauh sekali.



Bukan tentang kebaikan
internet
Pada saat ini aku cuba untuk berkongsi sedikit ilmu yang baru diketahui. Taktahulah kalau hanya aku yang ketinggalan dan post ini ialah tentang Freemason


Apa itu Freemason?
Fremasonry adalah gerakan rahsia Yahudi untuk menghancurkan agama-agama dan bangsa lain di dunia untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai penguasa tunggal dunia.

sumber: ijoks2009
Lambang freemason

Freemason berada di seluruh pelosok dunia. Ya bahkan di Malaysia juga tidak terkecuali. Ada beberapa ciri sebelum kita mengkelaskan seseorang itu adalah ahli freemason


1. Memakai Monkey jacket.
2.Memakai apron kecil (seperti apron tukang batu zaman dahulu )
3.Terdapat huruf G 
4.Wujud lantai berpetak (chekered floor) 
5.Terdapat sebatang atau dua pillar (tiang)


Baca di sini untuk mengetahui upcara angkat sumpah ahli freemason. Alah freemason je bukannya membahaya kan kita pun. Tak jejas ekonomi negara. Tak jejas kesihatan mak mengandung. Tak jejas result PMR (eh?) Ya mungkin ianya tak menjejaskan hal perbadi tetapi ia mungkin memberi ancaman terhadap agama Islam.

Wah hebat kan freemason ni siap ada pangkat lagi. Freemason mempunyai 33 pangkat. Tetapi di Amerika pangkat yang paling tertinggi adalah level 32, untuk naik ke level 33, mereka harus diiktiraf di Scotland.

 Bukan senang nak dapat pangkat ni. Bukan macam nak naik pangkat sarjan untuk KRS hanya pergi perkhemahan dan ambil ujian. Tidak sama sekali. Perkhemahan tidak termasuk dlam agenda tahunan ahli freemason kot aku rasa, melainkan kalau mereka nak menyebarkan kepercayaan mereka kepada orang asli dalam hutan. 

Bagi para perempuan bolehlah anda sandar dan silang kaki sambil tengok cerita Art Attack di Disney Channel sebab freemason hanya mengambil lelaki sahaja sebagai ahli. Selain itu, ahli freemason hendaklah bebas, bukan hamba dan mempercayai makhluk agung sebagai pencipta. Huh? 

Apa kaitan freemason dengan Illiminati? Ah takde beza nya pertubuhan ni. Mereka berdua menyembah iblis, syaitan dan mengamalkan sihir. Bahkan mereka juga bergabung untuk melenyapkan semua agama di dunia. Fuyoo tinggi nya angan angan


Bangunan Freemason di Perak?
Post ini dibuat sekadar tatapan, setelah melakukan beberapa reseach bukan ingin membongkarkan jauh sekali untuk membawa pengaruh yang buruk. Tidak menyentuh mana mana pihak hanyalah sedikit perkara buat renungan. Berdoalah kita semoga dijauhkan daripada terjebak dalam perkara ini, Nauzubillahminzalik 

Ingin keterangan lebih lanjut, abang google ada banyak cerita untuk dikongsi. Tanyalah dia, dia serba tahu, serba boleh. Semua informasi hanya di hujung jari

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).


p/s: Aku mencadangkan anda menonton The Arrival di youtube.

December 8, 2011

Siri Bercakap Dengan Mambang #1


tangkap gambar pun kena passion ye dak?

Assalamualaikum dan salam sayang semua!
Baik secara holistiknya gua dapat rasa kemantapan pengisian dan rupa fizikal blog ni dari hari ke hari. Ini semua berkat passion dan kelapangan masa para komrad kucar-kacir. Gua tak menyesal jemput kalian semua mengimarahkan blog ni. Gua tau lu orang boleh tangani.

Baiklah baiklah. Gua ingat gua nak hidupkan budaya sastera dalam blog ni. Gua jadi risau dan tak keruan bila tengok modal insan dinihari semakin meminggirkan sastera. Tak passion langsung mereka ni dengan sastera. Sastera ni bagi gua satu wadah untuk melampias segala apa yang membeku dalam diri. Gua tak fikir sastera jadikan kita kolot , tak deep dan passion waima jadikan kita cinta dunia lebih-lebihan , tak tak sekalipun tak. Sastera bagi gua juga satu benda yang luas dan perlu ditafsir dengan minda terbuka. Jangan jadi dungu dan dangkal sampai nak pertikai semua benda. Gua bukan apa , sedih kalau sesuatu tu sudahlah tak dihargai , dicerca dimaki pula. Takpa Abdullah Hussin biar si mulut-mulut puaka terus leka dengan dunia mereka. Tak faham? Petanda kau juga buta sastera. Maaf gua bukan apa , ini soal kemartaban khazanah bahasa dan bangsa. Takpalah mungkin lu orang memang lebih gemar untuk pandang enteng sastera....

Pawana Sukma
Nun sana ada negeri
Megah dan aman
Tiada terlihat sezarah kesengsaraan
Muda tua saling harmoni , saling kasih , saling berahi
Semuanya tak ubah bak satu famili

Nun sana ada negeri
Megah dan aman
Syukur mereka kehadrat Illahi atas segala kurnia
Berjanji mereka kekal patuh dan taat
Sehinggalah ke akhir hayat walau mereka takut
Takut jadi mayat
Takut jadi abu
Takut jadi penakut

Nun sana ada negeri
Megah dan aman
Tapi sayang itu sejarah silam sejarah gemilang
Lenyap sudah megah lenyap sudah aman
Berdesir lenyap dihembus pawana sukma
Sukma si raja tua dan wizurai
Masing-masing ada rencana
Masing-masing ada kerangka raksa

Nun sana ada negeri
Sedarlah teman sedarlah rakan
Itu negeri kita
Negeri yang hilang megah
Negeri yang hilang aman
Semua lenyap dihembus pawana sukma
Sukma yang hina lagi menghinakan

notanoti : gua rasa gua terlampau emosi tadi. maaf semua , takkan berulang lagi. oh ya pawana sukma ni karya gua. bukan plagiat macam ni ha . benda-benda lain gua boleh tangani lagi tapi bab plagiat ni memang kaki dengan buku lima ja makan dia.
Tiada Islam tanpa Jama'ah tiada Jama'ah tanpa Amir tiada Amir tanpa Ketaatan
-Saidina Umar Al-Khattab
 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here