satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

January 26, 2012

Mentaliti Orang Kita.

Assalamualaikum,

Baca ini sambil minum kopi cicah biskut juga boleh. Sila buat macam laman sesawang sendiri. Baiklah di sini ada tiga situasi. Bacanya dengan penuh nada, gaya serta kefahaman yang tinggi. Ini bukan omong kosong.


SI SAMEON: Apahallah kedai melayu sekarang semua tutup awal? Baru pukul 10 pm. Macammana nak maju kalau semua macam ni?!

SI JOYAH : Ahhh, lama betul aku nak tunggu minah ni. Ceh dasar janji melayu.

SI KASSIM: Huh dahlah bawak kereta lembap, lane salah, lampu tak pasang. Hukaloh, parking pun tk reti? Orang ni pass ke tak ujian memandu?

Cukuplah tiga ini sebagai contoh. Malas juga nak kupas banyak banyak. Buka hati buka minda, tengok sekeliling. Kenapa mesti 3 benda ini terjadi? Itulah mentaliti orang kita, hanya tahu merungut dan menyalahkan pihak lain. Rasanya tak salah kalau fikir positif. tak salah, tidak sama sekali. ada yang mahu membantah? Sila sila, nyah dari sini.

Bagi situasi si Sameon, manalah tahu kotkot malam tu dia ada hal, nak tutup awal kedai.

MUNGKIN -1. Kedai pada malam itu tiada pelanggan.
                      2. Ada urusan yang tidak dapat dielakkan;
                         * suami suruh balik masak tempoyak udang
                         * nak jemput anak dekat disco
                         * nak pergi bank buat loan besarkan rumah,
                                       etc etc etc etc

Dan pada pendapat aku bagi situasi si joyah,  okay memang dia lambat tapi kena mesti ada perkataan KAUM MELAYU? Aku pergi meeting dengan Chong Eee Len, (bukan nama sebenar) dia lambat juga beberapa minit tapi rasanya aku tak salahkan kaum Cina. And samalah bagi non-muslim tengok orang Islam zaman sekarang. Bukan salah Islam kalau penganutnya tak tutup aurat, langgar perintah Allah. Islam agama yang suci, Islam itu mudah. Ingatlah bahawa walau siapa pun kita, kita memegang label sebagai orang islam. Islam mengajar umatnya hormat orang tua, Islam mengajar umatnya menjadi pembersih, penyabar. Jadi salah siapa kah ini? Adakah salah Islam? Dan berbalik kepada situasi joyah, adakah salah Melayu? Tidak. So get the point? Good.

Situasi ke tiga. tidak dinafikan kaum hawa sangat berhati-hati, peka, cekap dan comel. Most of the drivers, *most. bukan semua* tengok kereta depan buat salah like tak reti parking, bawa lambat, etc etc mesti kata "Huh, ni mesti driver perempuan" Dan lalu sebelah pergi usha usha, Tak semua okay. Tak SEMUA.

Haritu ada satu kereta ini ke depan kebelakang, reverse, brek segala bagai time nak parking dan bapaku berkata, AH, ni mesti perempuan ni. Naluri kewanitaan aku berkocak. Ini tak boleh jadi. Hal ni tiada kene mengena dgn kaum hawa. Apa yang aku nampak, itu salah dia. bukan perempuan.

Hatiku hanya mampu bersabar. Kfoine. Kita tengok kita tengok. Nak lawan? dan selepas bapaku hon dan aku tengoklah di tingkap. PERGH memanggg perempuan. Lelaki adalah.

Ehem, aku tak salahkan Lelaki. aku hanya mahu bicara di situ, don't judge the gender of driver by the way their driving. Eh betulke? Rasanya kalau kita tidak menunding jari ke pihak lain benda benda macam ni boleh dielakkan. Tambahan pula, taklah status facebook semua macam nak minta penyepak, seperti seperti

Tadi titew gadoew dgn balak titew. Adew kew patotz die cuwo titeW bElanjeW diew mamam? ew, ta gntLemeN langcong ar. 

Ok ok disini aku nak berkongsi, azam aku pada tahun ini adalah FIKIR POSITIF. So aku seru semua fikir positif macam aku. Baru hati tenang, jiwa senang. Kerja rumah banyak mana pun kena fikir positif T_____T Baiklah baiklah selamat tahun baru Cina semua, diharap semua masih ada semngat satu Malaysia dalam jiwa.

January 24, 2012

Evolusi bahasa.

Assalam. Kembali aku ke kancah yang serba korup ini. Maka topik perbualan ku pada malam ini ialah evolusi bahasa. Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa inggeris serta bahasa melayu menjadi bahasa kegemaran rakyat Malaysia sebagai pengantar di alam maya World Wide Web.

Maka apa yang menjadi isu di sini ialah bagaimana bahasa-bahasa yang secara aslinya kelihatan indah mampu berubah menjadi agak buruk. Bahasa inggeris telah kini dicemari oleh 'short form' yang dicipta oleh pihak yang sebenarnya malas untuk menaip, ataupun mungkin daripada kalangan mereka yang mengalami penyakit disleksik. Jikalau begitu, saya meminta maaf. Namun begitu mereka yang berpenyakit MALAS ataupun tidak rajin ini sebolehnya tidak layak untuk dimaafkan.

Antara short form bahasa inggeris yang kini menjadi sebutan ramai adalah seperti LOL ( Laugh Out Loud ), ROFL ( Roll On Floor Laughing ), LMAO ( Laughing My Ass Off ),  ROFLMAO ( Roll on Floor Laughing My Ass Off ) dan juga yang kini semakin hangat, INIAHAC ( Irfan Nukman Is Adorably Handsome And Charming ). Maka persoalannya kini, pernahkah kita menggunakan short form ini? Jawapannya sudah pasti ye, dan jika anda menjawab tidak, anda disarankan menjalankan solat sunat taubat dengan segera kerana sudah semestinya anda berbohong.

Tetapi itu semua bahasa inggeris ! Ape kaitannye dengan kami, warga melayu yang berdaulat ! Oh tidak semudah itu anda orang melayu lari daripada kebenaran. Alam maya internet juga telah mengevolusikan bahasa melayu sehingga keindahan yang ada pada zaman Hang Tuah serta P. Ramlee sudah kian pudar dihanyut zaman. Sebagai contoh, ayat-ayat yang mudah serta pendek seperti KENAPA, ingin dipendekkan lagi sehingga menjadi NAPE, atau GAPO. Apekejadahhnyee yop?

Yang lebih menggatalkan scrotum, terbit pula ayat ayat yang membuatkan kita kelihatan comel a.k.a. gedik seperti lettew, acano dan juga seyes. Jika dicari pada kamus Dewan Bahasa edisi ke 8.5, sesungguhnya kita tidak akan jumpa maksud lettew, yang juga boleh dipronunsiasikan sebagai 'lah itu'. Acano pula membawa maksud 'macam mana' manakala seyes bermaksud 'sirius'.

Dengan apa yang telah saya kupaskan tadi, semestinya kerajaan perlu melihat di mana perginya nilai dalam bahasa. Jikalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti karangan bahasa akan dipenuhi dengan perkataan-perkataan yang terlalu inovatif serta menjengkelkan untuk dibaca oleh guru bahasa Melayu seperti Cikgu Meme ( Bukan nama sebenar ) dan juga Cikgu Rohani ( Istiqamah ).

Dengan ini, saya undurkan diri dengan gumbira hati, semoga apa yang disampaikan menusuk ke kalbu serta menggalakkan kalian untuk memaafkan saya yang telah lama tidak berkarya. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

P.S. Kembali menelaah PROGRESSION !

December 29, 2011

Semua ini tidak akan terjadi

Kerosakan akhlak remaja zaman sekarang mungkin tidak akan terjadi KALAU,

Cinderella tidak balik lewat malam
 Superman pakai underwear di dalam
Pinocchio tidak menipu memanjang
Alladin tidak suka mencuri
Batman tidak memandu 430 km/j melebihi had
Tarzan tidak hidup separuh bogel
Sleeping Beauty tidak malas dan cepat bangun daripada tidur
Snow White tidak bersedudukan dengan 7 lelaki bukan muhrim


Alahai, remaja memang mudah terpengaruh.


Oh ya, aku dah bosan tengok princesses muka cantik-cantik je





Haha lame gila entry ni. Kbye.

December 21, 2011

Disini ada sebuah jalan.

ehem ehem, aku ambil sendiri kot.

Disini ada sebuah jalan,
Sepertinya sedang mengalir deras,
Gagah mengalirkan neuron Pluralisme,
Sekularisme sering berani menyinggah,
Aku lihat dan terus lihat

Disini ada sebuah jalan,
Ayuh abang pimpin tanganmu,
Kau terlalu kecil,
Kecil untuk meredah kecelaruan,
Mereka bisa pengaruhmu,
Bisa menukar peganganmu

Disini ada sebuah jalan,
Mari bersihkan segala kekotoran di persimpangan,
Biar orang kata kita jumud,
Biar orang fikir kita kelam,
Asalkan jalan ini suci dilalui generasiku.

Disini ada sebuah jalan,
Adik, sekarang kita lintas.

December 14, 2011

Siri Bercakap Dengan Mambang #2


kangkang dalam passion!

Assalamualaikum dan salam ukhwah semua. Harap semua dalam keadaan sedap-sedap badan, kalau tak berapa nak afiat pun mudah-mudahan lekas betah hendaknya.

Baiklah gua teruskan siri ini dengan satu lagi puisi. Maaf puisi gua agak hancai tapi hancai lagi mereka-mereka yang tewas dengan empenak dunia!Macam waktu ketika gagak putih , bangau hitam.

Glosari Hidup

Tika aku masih bertatih
Detik-detik alunan suara ibu menemani lelapku
Lunak amat di telinga dekat amat di sukma
Ayah di samping ibu mengukir senyuman kasih
Enga benar dia akan rahmat Tuhan yang satu ini
Ayah jadi bulat hati bulat suara bulat tekad
Kepingin lihat aku jadi kirana unggul

Tika dewasa menjengah tiba
Rakan dan taulan menemani sunyi
Tiada hirau lagi nyanyian ibu senyuman ayah
Bagiku mereka hilang behena hilang utama hilang penting
Larang tegah mereka tak berjaya mengikat hati
Ajaran ajakan rakan kini tampak lebih melelar

Kini aku jadi faham jadi pakar
Hidup penuh ranjau menyuluh sesar lampau
Hidup penuh gelap bawa cahaya keinsafan
Insaf sesudah terasa gemercik lahar neraka
Menambah erti dalam glosari hidup


notanoti : gua rasa nak buat siri cerpen pulak. apa lu orang bukan nak baca pun? takpa asalkan gua passion, itu sudah memadai.



 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here