satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

October 26, 2012

Kerana mahalnya jam



Kalaulah mahalnya jam dapat membeli masa.
Kalaulah mahalnya jam gagal mengajar manusia mengejar masa,
Kalaulah mahalnya jam jadikan manusia kabur akan masa,
Kalaulah mahalnya jam jadikan manusia semakin alpa,

Mohon... mohon lupakan nilai jam itu.
Mohon kau beringat,
Masa tak dapat dibeli dengan mahalnya jam,
Mahalnya jam harusnya jadikan kau orang yang bergesa,
Mahalnya jam sifatnya menyedarkan manusia yang leka,
Mahalnya jam hendaklah dipandang pada peri pentingnya masa.

Mohon kau sedar,
Mahalnya jam tetap tidak menambahkan masa.
24 jam tidak boleh ditambah dan didarab
sekalipun punya harta dan kuasa.




Cuma satu aku nak kata, bila masa tak terjaga, nilai jam tiada makna. Apa niat punya jam nilainya tinggi kalau nilai masa dipandang rendah. Berang! Berang dengan orang yang bangga dengan jam yang mahal tapi bila suruh cepat dia berlengah. Bila suruh tepati, dia mungkari. Tak tahu nilai masa di mata dia bagaimana. Harap setaraf dengan nilai jam yang dipakainya, yang dibanggakannya. Harap begitulah!

July 28, 2012

HablumminAllah wa Hablumminannas

Bila tiba bulan Ramadhan, semua berkejar-kejar menunaikan ibadah. Cukup mulia dalam bulan mulia kita lakukan perkara mulia. Bukan setakat ibadah yang perlu ditingkatkan. Bukan sekadar HabluminAllah yang kita kena jaga. Tapi Hablumminannas pun kena gerak seiring. Yang kaya cuba dekati yang tidak mampu. Hulur sehelai dua cek dan tersenyum bila nampak cameraman ambik gambar dia. Esok dah keluar suratkhabar muka depan.



Ahhh, tak kisah lah. ikhlas atau tak manusia ni hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang diri kita sendiri tak dapat rasa yang kita ni ikhlas atau tak. Apa yang aku nak tekankan di sini hubungan sesama manusia. Walaupun dia tak ikhlas tapi si penerima mesti gembira sebab dapat bantuan. dapat ringankan beban. Dapat tampung perbelanjaan sahur dan berbuka dia. Kadang-kadang dari tindakan derma-menderma ni dapat eratkan hubungan antara dua pihak. Aku tak suruh kau derma macam menteri-menteri besar. Tak payah bagi cek. kalau masukkan 20 sen dalam tabung surau sehari pun dah cukup meringankan beban berapa ratus orang dekat luar sana.

Keratan BH 24 Julai 2012

Bulan Ramadhan ni kita boleh ambil peluang untuk mencari Hablumminannas. Malangnya, kita sanggup ketepikan semua ni untuk kepentingan diri. Aku bagi contoh kalau dekat bazar ramadhan tu ada satu kedai je yang jual ayam masak merah. Semua berebut-rebut nak beli ibarat dah tak ada lauk lain dekat dunia ni. Masa tu mulalah sesi tolak-menolak, rebut-merebut. Acara potong barisan tu memang dah jadi benda wajib. Dari situ je dah mula ada yang tak puas hati. Paling kurang pun mesti akan terdetik, "hekeleh! apahal dia ni! Aku datang dulu kan!". Itu belum kira yang tak sempat beli - makanan dah habis. Sebab ada yang beli sampai 5 ketul ayam. bila berbuka tak habis sebab dia sebenarnya berbuka sorang je pun. Saja beli 5 sebab nafsu lapar sedang memuncak.

Dalam situasi lain. Bayangkan dekat satu kawasan food court di kawasan Rawat dan Rehat (RnR). Meja yang disediakan mungkin tak dapat menampung bilangan manusia yang akan berbuka dekat situ. Kau dah dapat meja kosong. Kau bukan berseorangan. Ada dua-tiga kawan bersama kau. Tanpa sedar korang berempat tinggalkan meja dan tak ada siapa jaga meja tu. Bila patah balik, dekat meja tu dah ada orang lain duduk. Dengan tindakan melulu tanpa berfikir ayat yang sesuai kau approach si X tu dan tuntut meja kau balik. Si X yang terkejut dengan ayat kurang sesuai kau terus angkat kaki dan membebel panjang dalam hati dia. Walaupun dia tak layak untuk terasa hati, tapi dia adalah manusia normal yang konfem konfem lahhh akan terasa hati.


Aku cerita berdasarkan apa yang aku nampak dalam tempoh seminggu aku berpuasa. Aku cuma olah situasi dia lebih kepada umum. Bila sampai bahagian berebut tempat tu aku paling kecewa. Sebab benda ni depan mata aku. Secara kebetulan mungkin dua pihak ni pergi mengadu dekat aku. Masing-masing tak puas hati. Kedua belah pihak rasa diorang lah yang lebih layak dapat meja tu.  Deyy! of-course-lah-rasa-diri sendiri-betul. common sense. Tapi, benda kecik macam ni eloklah beralah daripada hubungan dengan manusia tu mula ada cacat cela, mula nampak garis-garis keretakan.

Aku bukan apa. Cuma aku tak gemar benda macam ni ganggu-gugat Hablumminannas kita sedangkan bulan ramadhan ni lah kita boleh ambil peluang untuk baiki hubungan sesama manusia. Dan aku sendiri sedang berusaha perbaiki HablumminAllah dan Hablumminannas ini.

"ada mata lihat, ada akal fikir, ada mulut tutup"

July 27, 2012

Lambat sikit, amaaoflah.

Assalamualaikum,


Di kesempatan ini nak juga ucapkan ucapan yang membuatkan aku terharu kalau ada orang mengucap.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang ke- 
(mengikut umur masing masing) !

Nampaknya ahli komrad masing masing sibuk, masing masing ada urusan yang lebih penting, masing masing ada tanggungjawab. Jangan gelabah, rileks dulu. Kucar kacir apa apapun takkan di-anaktirikan. Tetap akan ada utusan walaupun dalam jangka masa yang lama. Walaupun tiga empat bulan. Walaupun setahun dua. Walaupun bersarang berdebu. Walaupun...

Sedar tak sedar nampaknya dunia makin tua. Banyak perubahan yang berlaku seiring masa berjalan. 

XXX dah kahwin,
XYZ dah pindah,
Sekolah ZYC ada PK baru
Pakcik ABC dapat anak ke-7
NFA nampaknya makin kurus
NSA nampaknya makin gemuk

Makin lama sekolah ZYC makin buat pelajar gila. Ya, suka betul kalau kena tunda tarikh cuti. Seminggu yang menunda membuatkan pelajar tak fokus, hati jiwa pengarang jantung teringat kat rumah, bila pelajar tak fokus, jadi malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas beriadah, bila malas result mula merundum, bila result merundum, kedudukan sekolah ZYC dalam ranking mrsm/sbp makin bertambah, bila makin bertambah, sekolah tak dapat SBT. Bila tak dapat SBT salahkan pelajar. Back to the top, Salah siapa pada mulanya? 

Cuti-cuti jangan dibuat main, tunda seminggu boleh jadi gelap masa depan. Ini baru pada konteks yang umum, kalau dikaji lebih mendalam, lagi banyak kesan negatif. Jadi apa susah? Kasilah kebenaran pulang bermalam banyak banyak. Budak budak akan jadi lagi semangat nak mulakan hari pertama sekolah (iya?)

Hoho maaf emosi terlebih. Ok semua boleh tarik nafas, legakan perut yang senak dengan juadah berbuka tadi. Moga moga Ramadhan kali ini dimanfaatkan sebaik mungkin kerana kita tak tahu panjang mana umur kita, diharapkan dapat berjumpa lagi dengan bulan mulia ni tahun depan, Insyaallah :)


p/s: Harry Potter and The Goblet of Fire! WOHOOOOO

June 5, 2012

Kita Lupa Allah Sayang Kita.

Salam sejahtera kepada yang membaca. Tengok nama blog ni. Ya, kucar-kacir. Tak salah tu. Betullah tu. Apa yang kucar-kacir? Hebatnya blog ni nama yang diberi seiring dengan isinya. Kucar-kacir habis. Aku bukan budak sastera yang boleh buat puisi atau sajak. Tak apa itu kita serahkan pada Sembang Kencang dan Ahmad Kassim.

Tarik nafas dalam-dalam sambil play lagu andai aku disisimu. Sebelum menaip entry kena cari feel dulu. Biasalah, dah lama tak menulis entry dekat sini makin kucar-kacir hidup aku. Untuk pengetahuan semua ahli komrad lain semua sibuk-sibuk belaka. Makanya, aku yang penuh masa lapang ni diberi mandat untuk aktifkan blog ni sementara sisa-sisa cuti sekolah masih ada.

Aku bukan nak bersajak. bukan... bukan... Macam biasa kita sembang-sembang pasal ilmu yang menarik untuk dibaca. Ilmu yang mungkin ada yang tahu, ada yang baru tahu, ada yang buat-buat tak tahu. 

dengar sini ya kelas, dengar dengar semua pandang sini letak pensil!


ok, kita bukak buku.

Ya anak-anak, Allah begitu sayang pada hambaNya. Betul, tak tipu! Macam-macam Allah kasi. Cuma kita yang separa sedar. Kita yang lalai. Ya, kitaaa...

Masa kita sakit, Allah hantar 4 malaikat untuk ambil 4 perkara dari kita. (1) selera makan, (2) rezeki, (3) seri wajah, (4) dosa. tengok tu tengok! Allah ambil dosa juga dari kita. Tapi bila kita sihat Allah pulangkan semuanya sekali kecuali yang keempat. Allah bagi balik selera makan, rezeki dan seri wajah kita. Tapi Allah tak bagi balik dosa tu. Itu tandanya Allah sayangkan kita walau macam mana pun perangai kita. Dalam kita tak sedar.


Aku buat entry pendek ni bukan sekadar mengingati yang membaca tapi diri aku juga. Sesungguhnya jari yang menaip adalah jari aku. kadang-kadang aku lupa, kerap kali aku lalai. ya, aku juga manusia. Harap lepas ni boleh kurangkan mengeluh masa sakit.


Allah kasi kita dugaan bukan kerana Allah tak sayang kita. Tapi dugaan-dugaan itu yang akan menjahit semula sejadah iman kita yang terkoyak


June 3, 2012

Serai Wangi

 kata orang nak berperang kita kena makan dulu. ehmmm, terima kasih orang.
Seketika kita dikejutkan
Dengan tingginya caci dan makian
Bahasa yang indah sudah jadi sempadan
Semuanya refleksi kepanasan hati
Yang terluka kerana diperli.

Pernah kau pinta sebab
Atas segala musabab
Lalu keluarlah kata-kata
Mahu diperjelaskan semua
Dari dedaun lidahmu
Yang masih pucuk itu
Keluar kata-kata nista
Bukti panas benar sukmanya.

Sepanjang liku-liku hidupku
yang bertenun benang bahagia
Tiada sekali tiada berkali
Aku dicerca begini
Tapi tak mengapa
Mungkin diam itu sebaik-baik kata
Jadi,diam-diam ya semua?


Iringan doa dan zikir
Kualunkan untukmu sahabat
Moga-moga ketemu cahaya kesabaran yang hakiki
Kerna kau muda remaja
Lembut hati budinya
Comel pula wajah di muka
Saling tak ubah bak serai wangi
Lembut , comel dan wangi.
 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here