satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

March 16, 2008

bace ni!!!layan je mate tu


Answer the phone by
LEFTear
Do not drink coffee
TWICE
a day
Do not take pills with
COOLwater

Do not have
! HUGEmeals after 5pm
Reduce the amount of
TEA
you consume
Reduce the amount of
OILY
food you consume
Drink more
WATER
in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone
CHARGERS

Do not use headphones/earphone for
LONGperiod of time
Best sleeping time is from
10pmat night to 6am
in the morning
Do not lie down immediately after taking
medicine
before sleeping
When battery is down to the
LAST
grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

ho'

Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya
tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).

Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan
tangis).Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya
berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.

Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.

March 13, 2008

aiyoyo!!itu ayo mata juga sudah kasi keluar lah dengar itu penghinaan!!! hati juga ada marah sikit
dalam!! saya rasa kalu tada patut lah itu penghinaan..tapi saya tabik lah itu kulaan saya sufi juga itu nama...dia sabar juga ada banyak mendengar segala itu tohmahan dan cacian yang dilemparkan bertalu-talu oleh sipolan itu....dia boleh diibaratkan seperti tetikus juga yang memerlukan sokongan dan galakan dari orang ramai untuk bergerak!!!ada butut ka tada butut saya punya perumpamaan???tapi ini video sudah mengembalikan semangat dan pertimbangan diri saya juga!!banyak kasih lah saya ungkapkan!!http://youtube.com/watch?v=AYxu_MQSTTY&feature=user
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula
menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka
amalkan cara itu.

Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya
dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan
mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri
pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam
bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri
satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu
jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba
bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba
menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat
Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing
mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
.........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang
lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya
kenapa mereka berbuat begitu...... ................. ...

March 1, 2008

Military band

"gua nak keluar ah!!diorang macam tak menghargai bakat gua ni!!gua bukan nak gebang tapi diorang memang rugi ah kalau mengetepikan gua....tapi dah terlambat!!ape-apehal gua halalkan segala air liur gua yang tertinggal kat muncung saxophone ngan ape ke name bende tu pun...anu..anu clarinet!!!"antara pekikan zikri kepada rakannya yang hanya beberapa jengkal daripadanya
 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here