satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

June 5, 2012

Kita Lupa Allah Sayang Kita.

Salam sejahtera kepada yang membaca. Tengok nama blog ni. Ya, kucar-kacir. Tak salah tu. Betullah tu. Apa yang kucar-kacir? Hebatnya blog ni nama yang diberi seiring dengan isinya. Kucar-kacir habis. Aku bukan budak sastera yang boleh buat puisi atau sajak. Tak apa itu kita serahkan pada Sembang Kencang dan Ahmad Kassim.

Tarik nafas dalam-dalam sambil play lagu andai aku disisimu. Sebelum menaip entry kena cari feel dulu. Biasalah, dah lama tak menulis entry dekat sini makin kucar-kacir hidup aku. Untuk pengetahuan semua ahli komrad lain semua sibuk-sibuk belaka. Makanya, aku yang penuh masa lapang ni diberi mandat untuk aktifkan blog ni sementara sisa-sisa cuti sekolah masih ada.

Aku bukan nak bersajak. bukan... bukan... Macam biasa kita sembang-sembang pasal ilmu yang menarik untuk dibaca. Ilmu yang mungkin ada yang tahu, ada yang baru tahu, ada yang buat-buat tak tahu. 

dengar sini ya kelas, dengar dengar semua pandang sini letak pensil!


ok, kita bukak buku.

Ya anak-anak, Allah begitu sayang pada hambaNya. Betul, tak tipu! Macam-macam Allah kasi. Cuma kita yang separa sedar. Kita yang lalai. Ya, kitaaa...

Masa kita sakit, Allah hantar 4 malaikat untuk ambil 4 perkara dari kita. (1) selera makan, (2) rezeki, (3) seri wajah, (4) dosa. tengok tu tengok! Allah ambil dosa juga dari kita. Tapi bila kita sihat Allah pulangkan semuanya sekali kecuali yang keempat. Allah bagi balik selera makan, rezeki dan seri wajah kita. Tapi Allah tak bagi balik dosa tu. Itu tandanya Allah sayangkan kita walau macam mana pun perangai kita. Dalam kita tak sedar.


Aku buat entry pendek ni bukan sekadar mengingati yang membaca tapi diri aku juga. Sesungguhnya jari yang menaip adalah jari aku. kadang-kadang aku lupa, kerap kali aku lalai. ya, aku juga manusia. Harap lepas ni boleh kurangkan mengeluh masa sakit.


Allah kasi kita dugaan bukan kerana Allah tak sayang kita. Tapi dugaan-dugaan itu yang akan menjahit semula sejadah iman kita yang terkoyak


June 3, 2012

Serai Wangi

 kata orang nak berperang kita kena makan dulu. ehmmm, terima kasih orang.
Seketika kita dikejutkan
Dengan tingginya caci dan makian
Bahasa yang indah sudah jadi sempadan
Semuanya refleksi kepanasan hati
Yang terluka kerana diperli.

Pernah kau pinta sebab
Atas segala musabab
Lalu keluarlah kata-kata
Mahu diperjelaskan semua
Dari dedaun lidahmu
Yang masih pucuk itu
Keluar kata-kata nista
Bukti panas benar sukmanya.

Sepanjang liku-liku hidupku
yang bertenun benang bahagia
Tiada sekali tiada berkali
Aku dicerca begini
Tapi tak mengapa
Mungkin diam itu sebaik-baik kata
Jadi,diam-diam ya semua?


Iringan doa dan zikir
Kualunkan untukmu sahabat
Moga-moga ketemu cahaya kesabaran yang hakiki
Kerna kau muda remaja
Lembut hati budinya
Comel pula wajah di muka
Saling tak ubah bak serai wangi
Lembut , comel dan wangi.
 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here