Salam sejahtera kepada yang membaca. Tengok nama blog ni. Ya, kucar-kacir. Tak salah tu. Betullah tu. Apa yang kucar-kacir? Hebatnya blog ni nama yang diberi seiring dengan isinya. Kucar-kacir habis. Aku bukan budak sastera yang boleh buat puisi atau sajak. Tak apa itu kita serahkan pada Sembang Kencang dan Ahmad Kassim.
Tarik nafas dalam-dalam sambil play lagu andai aku disisimu. Sebelum menaip entry kena cari feel dulu. Biasalah, dah lama tak menulis entry dekat sini makin kucar-kacir hidup aku. Untuk pengetahuan semua ahli komrad lain semua sibuk-sibuk belaka. Makanya, aku yang penuh masa lapang ni diberi mandat untuk aktifkan blog ni sementara sisa-sisa cuti sekolah masih ada.
Aku bukan nak bersajak. bukan... bukan... Macam biasa kita sembang-sembang pasal ilmu yang menarik untuk dibaca. Ilmu yang mungkin ada yang tahu, ada yang baru tahu, ada yang buat-buat tak tahu.
Ya anak-anak, Allah begitu sayang pada hambaNya. Betul, tak tipu! Macam-macam Allah kasi. Cuma kita yang separa sedar. Kita yang lalai. Ya, kitaaa...
Masa kita sakit, Allah hantar 4 malaikat untuk ambil 4 perkara dari kita. (1) selera makan, (2) rezeki, (3) seri wajah, (4) dosa. tengok tu tengok! Allah ambil dosa juga dari kita. Tapi bila kita sihat Allah pulangkan semuanya sekali kecuali yang keempat. Allah bagi balik selera makan, rezeki dan seri wajah kita. Tapi Allah tak bagi balik dosa tu. Itu tandanya Allah sayangkan kita walau macam mana pun perangai kita. Dalam kita tak sedar.
Allah kasi kita dugaan bukan kerana Allah tak sayang kita. Tapi dugaan-dugaan itu yang akan menjahit semula sejadah iman kita yang terkoyak.