satu fenomena baru dalam arena blogawan. followers itu hanya ilusi mainan di petang hari melambatkan proses berdikari hingga kita jadi lupa diri. kami menulis dengan penuh passion dan ilmiah.
 

December 7, 2011

Sebatang Tongkat dan Botol Susu.

Segera aku meluru ke dalam gerabak. Walaupun berpusupusu orang yang keluar dari gerabak LRT , aku tetap cuba merempuh masuk ke dalam. Terus sahaja aku mengambil tempat duduk diantara gadis Cina dan juga seorang lelaki bangsa asing. Kelihatan seperti gadis Cina itu seoarang pelajar universiti manakala, lelaki bangsa asing itu mungkin seorang pelancong. Aku hanya duduk dan memerhati sekeliling. Ragam manusia adalah pawagam kehidupan.'


Setibanya di setesen KLCC, kedua duanya segera bangun dan beredar. Kemudian, seorang lelaki buta segera masuk ke dalam, juga disertai beberapa kumpulan manusia yang lain. Rata-rata adalah golongan belia. Ah, belia sering sahaja mendominasi perkara sebegini. Tempat duduk disebalah aku segera di isi oleh kumpulan manusia. Seorang lelaki berbadan tegap, berbaju kemeja dan seorang makcik berusia 40-an.

Melihat orang buta itu bagaikan burung pipit tersepit antara enggang, lelaki berbaju kemeja disebelah aku memberinya tempat duduk. Mungkin itu yang membuatkan dia tersenyum ikhlas.Masing masing leka bermain dengan telefon selular mereka. Zaman serba canggih, mengurangkan nilai ketamadunan manusia.

Tiba di Jelatek. makcik di sebelah aku bergerak keluar gerabak. Rumahnya mungkin berhampiran. Sangka aku. Seorang ibu mengandung yang membawa seorang anak kecil menggamit perhatian warga gerabak. Mana tidaknya, anak kecil yang dikendongnya tidak henti menangis. Segera wanita itu mengambil tempat di sebelah aku.

Ah, aku hanya memejamkan mata. Kisah apa aku dunia ini ? aku hanya ingin ke Sri Rampai. Ini tempat duduk aku, siapa peduli ? Lelaki buta disebelah aku, dan juga perempuan mengandung membawa anak juga disebelahku. Aku tersepit antara dua penderitaan.

Tiba tiba, lelaki buta itu bersuara, "Kejut kan saya bila sampai wangsa maju ye ?". aku hanya mengangguk. Dia bukan mampu lihat jika aku angguk atau geleng. Kini , aku tersepit diantara dua kekejaman dunia. Seorang lelaki buta, dan seorang wanita yang penuh dengan tanggungjawab. Kadangkala aku rasa dunia ini tidak adil. Aku tahu, Tuhan beri ujian , kerana Dia tahu kita mampu lakukan.

Cuma , aku suka mempersoalkan . Kenapa kehidupan ini perlu ada dugaan bila Tuhan sendiri dah tetapkan kita akan masuk syurga dan neraka. Sepanjang liku kehidupan ini, aku masih tercari cari tujuan sebenar kita melayari kehidupan. Apakah kehidupan beragama itu penting ? Aku berkelakuan baik, dan tak bergantung kepada sesiapa. Bila aku susah, aku hadapi dengan tabah.

Stesyen Sri Rampai sudah dekat.Aku segera mengejutkan pakcik itu "Pakcik, saya nak turun dah ni, tapi stesyen Wangsa Maju kejap lagi.. ". Pakcik itu mengangguk. Kemudian , dia segera memegang tanganku.


"Nak, hidup kita ni perlu ada pegangan. Pegangan itu yang akan membawa kita menyusur kehidupan ini. Pilihlah pegangan yang betul dan lurus. Takut kelak dapat bahana. Pegangan ibarat tongkat. Kalau bengkok tongkat tu, maka bengkok lah jalan anak. Ingat ni, tak kesah lah tongkat itu diperbuat daripada apa, asalkan masih mampu bawa ke jalan yang betul, percaya pada tongkat itu. Assalamualaikum "

Aku terkesima. Pesanannya ibarat menagkap jiwa aku. Aku rasa pedih. Taktahu kenapa atau mengapa. Ini adalah hakikat. Aku segera bangun untuk keluar. Sedia tunggu untuk pintu terbuka. Tiba tiba, ada bunyi seperti benda terjatuh kedengaran. Aku lihat di bawah, botol susu anak wanita di sebelah aku. Aku segera mencapainya dan beri kepada wanita itu. Dia merenung muka aku sedalam dalamnya. Aku getar.



"Terima kasih dik. Tengoklah botol susu ni. Walaupun dah berapa kali basuh, dia tetap bau susu. Dalam hidup ini, kita kena redha dengan apa yang kita ada. Kalau dah namanya botol susu, tak mungkin akan berbau Coke. Kalau dah namanya Islam, tak mungkin orang akan pandang seperti Yahudi. "

Pintu terbuka, aku segera keluar. Dua pesanan yang akan aku genggam sampai bila bila.

2 comments:

 
KUCAR-KACIR © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here